Monday, 29 April 2013

Berjuang Habis-habisan Untuk Mencabar Penyandang Kerusi Dari DAP

Walaupun sukar mendapat kemenangan dalam kawasan Seputeh , ataupun dianggap sebagai calon yang mesti kalah, namun demikian , saya percaya dengan usaha yang gigih pasti akan dapat mengharuhkan pengundi – pengundi di kawasan ini, kata calon Barisan Nasional Seputeh Nicole Wong Siaw Ting.
“Dalam kawasan Seputeh , hanya terdapat 11.16% pengundi melayu dan india , majority adalah pengundi kaum Cina , tetapi saya setiap undi bernilai kepada saya , ia merupakan satu kepastian , satu galakan untuk saya terus berjuang.”
Beliau memberikan ucapannya semasa menghadiri perjumpaan jentera komponen parti Barisan Nasional , MIC Seputeh.
Menurut Nicole Wong , beliau akan memperlanjutkan lebih masa dan peluang untuk berjumpa dengan lebih banyak pengundi lagi. Sedemikian, rancangan beliau diatur dengan strategic dan rapi demi mencapai matlamat tersebut.
“Dalam kempen merayu undi setempat , saya tidak mengharapkan ada satu pentas yang meriah , saya cuma memerlukan satu platform yang boleh saya lebih mendekati pengundi untuk mendengar,merasa dan membantu secara ikhlas.”
“Walaupun orang ramai menganggap saya calon yang tiada peluang , tetapi , saya akan berjuang habis-habisan untuk mencabar penyandang kerusi dari DAP itu.
“Setiap undi yang menyokong Nicole Wong , adalah umpama satu anugerah yang tiada nilainya.”

No comments:

Post a Comment